Jumaat, 14 Oktober 2011

NOKTAH SEBUAH KESABARAN

Tika kau gundah…
Aku  tempat kau  mencurah rasa…
Saat kau dilanda kerisauan..
Aku kau cari…
Pabila kau sakit…
Aku tempat kau mengadu…

Namun,
Tanpa taufan mahupun semilir perbalahan..
Kau berubah tanpa ku duga.
Sepi mu menyeksa ku.
Diam mu mendera naluri ku…
Sikap mu melukakan  hatiku….

Kini aku telah lelah,
Sabar ku telah  ternoktah…
Akan ku lontarkan bayangmu ke dada langit
Agar aku bahgia walaupun tanpa kau di sisi ku.
Mungkin aku bukan yang terbaik  bagi mu..
Dan kau juga bukan tercipta untuk ku…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan