Sabtu, 29 Oktober 2011

Kuih 'Smurf'..?




Assalamualaikum....

Lama sungguh x menaip kat sini.. bukan ape... Hujung minggu lepas blk kampung, then masa deepa Auntie lak dtg umah..., past tue g HTAA sebab ader a'ment ngan Dr... bile ader 'mood' nak menaip & ader idea... 'CIK LAS' dtg buat kunjungan pulok....hurmm...

Ptg2 ari nie..merajin kan diri tuk menaip sikit la...Tuk pengetahuan teman2.., saya ader gak mengambil tempahan kuih/dessert/kek/biskot yg mudah-mudah. Bukan ape...cari2 duit tambahan sikit... lagipun saya suka gak 'main masak2 nie'... terutama masa 10sion / tekanan melampau.... Masa tue...mula la 'main2'  tepung ke.. pewarna ke.. tuk dijadikan 'produk'. Kalau menjadi... hilang stress... hehehhe.

Actually, lama gak saya 'bercuti' nie.. 1hb br gerak blk tempat bertugas.. (Ohhh..tidakkkk...).Nak dijadikan criter.. kawan sekerja mak req tuk buatkan  apam polka dot 50 biji. Nak yang plain... coz ada jamuan di pejabat pada 27hb Oct 2011 yg lalu. So...pada 26 Oct...malam, saya pun mula la 'berdating' ngan pewarna, telur, gula dan sebagainya...  Setelah 'berhempas pulas'..maka siap la kuih apam polka dot nie.. (mcm2 budak2 kecik bagi nama..ader yg ckp kuih bola....kuih cendawan,kuih telor dinasour.. then anak akak yg tempah kuih nie lak panggil kuih Smurf)

Ok...jom layan kuih 'smurf' (kuih apam polka dot) kali nie... 1..2...3.. taraaa  (hehehhe) :-
(ya allah..saya sgt2 suka buat kuih nie...suka tgk warna n masa ia mengembang gebu masa dikukus)








Sabtu, 15 Oktober 2011

Pilih Skim Pencen... Keluar Wang KWSP.

Assalamualaikum....
Minggu nie saya agak  sibuk  meng 'google' serta men'yahoo' maklumat (Ya allah..rosak bahasa!Maafkan saya cikgu2 BM saya...sesklai nk gak guna 'bahasa sekarang'..)  berkaitan 'Pengeluaran wang KWSP  bg kakitangan perkhidmatan awam yg memilih skim pencen'. Jadi en3 kali nie saya berkongsikan serba sedikit maklumat yg  saya dapat berkaitan perkara tersebut...

Maklumat umum : bagi pekerja sektor kerajaan ataupun bdan berkanun...3thn terawal perkhidmatan diwajibkan mencarum dgn KWSP. Then semasa kiter dlm proses tuk mendapat 'pengesahan perkhidmatan'..kiter akan diberi pilihan samada memilih skim pencen/kwsp. Bagi yg memilih skim pencen..pihak KWSP ader penyediakan kemudahan pengeluaran wang KWSP. Pastikan sblm membuat permohonan pengeluaran wang KWSP...anda telah diberikan 'TARAF PEKERJA BERPENCEN'. Pengeluaran ini membolehkan pencarum mengeluarkan smua simpanan bahagian pekerja + dividen jika terdpt baki simpanan bagi  tempoh wajib mencarum semasa berkhidmat dgn perkhidmatan awam(kerajaan).

Dokumen diperlukan :

1) Borang pengeluaran KWSP 9J (AHL)
2) Salinan MyKad
3) Salinan Surat Pengesahan tempoh perkhidmatan drpd Ketua Jabatan (Lampiran A)
4) Salian surat pemberian taraf berpencen oleh JPA
5) Salinan Penyata Akaun Simpanan (Persendirian) @  Penyata Akaun Semasa (persendirian)
     * Kalau pengeluaran lebih 100,000.00 :-
              --> akaun bank mesti aktif
              ---> mempunyai akaun di bank panel KWSP yg dilantik

Maklumat ini di ambil dr laman web rasmi KWSP : http://www.kwsp.gov.my

Di sini tuk maklumat lanjut  : http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1275

Borang pengeluaran KWSP 9J (AHL) : http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1256

Lampiran A : http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1274


Jumaat, 14 Oktober 2011

RAHSIA LAFAZ KASIH MU


Detik terus berlalu
Minit waktu silih berganti
Hati ini terus terdera...
terdera dgn sikap mu...
Terseksa  menanti rahsia lafaz kasih mu...
Mengapa  hati kecil ini
masih menanti sesuatu yang kabur..
Kenapa naluri  ini mula melagukan
irama kasih  yang  belum sempurna melodinya..

Duhai
  angin... wahai si rama rama
hampirilah dia...bisikan  padanya
salam kasih ku yg ikhlas...

-mawarsutera/12.10.11, 10.04mlm-

NOKTAH SEBUAH KESABARAN

Tika kau gundah…
Aku  tempat kau  mencurah rasa…
Saat kau dilanda kerisauan..
Aku kau cari…
Pabila kau sakit…
Aku tempat kau mengadu…

Namun,
Tanpa taufan mahupun semilir perbalahan..
Kau berubah tanpa ku duga.
Sepi mu menyeksa ku.
Diam mu mendera naluri ku…
Sikap mu melukakan  hatiku….

Kini aku telah lelah,
Sabar ku telah  ternoktah…
Akan ku lontarkan bayangmu ke dada langit
Agar aku bahgia walaupun tanpa kau di sisi ku.
Mungkin aku bukan yang terbaik  bagi mu..
Dan kau juga bukan tercipta untuk ku…

BAHAGIA DALAM KERAGUAN

Teknologi menemukan kita… 
salam dihulur ku sambut ikhlas
 Sekadar teman biasa itu kita gambarkan… 

Walau latar kehidupan berbeza 
 namun keserasian & persefahaman mendekatkan kita…
 Semakin hari kita serasi bersama… berkongsi suka duka kehidupan.

 Naluri halus kita mungkin merasakan  sesuatu… 
Dan kau mula memberi kiasan..
 Kemesraan kerabat mu membuatkan ku selesa… 
Namun,
aku masih di sini…
diselubungi keraguan…. 

-22.4.2010-

http://nukilan2u.my/puisi/2010/05/puisi-bahagia-dalam-keraguan/

Nuleh Nuleh skettt...


Assalamualaikum...

Ape khabar semua..?Lama sungguh x mengemas2 kat sini..  Ishh..!!!! Penohh ngan  sawang,habuk.. ermmm... kene guna vakum ke nie..?hahahhaa!!!!Bukan ape...saya bz lately.. kadang2  nak  nulih x dok mood. Time ader mood x der idea lak..
Ari nie konon nak tamatkan pembacaan nvl terbaru Hanni Ramsul.. "Ke Seru Rindu Itu", tapi mood membaca x muncul lagi pulak.. (aduhhh..bila nak khatam nie.. lama sungguh da dok kelek nvl tue...hahaha)
Novel yg masih pending reading..kalau x silap ader g 42 atau 45 kot... tp semalam dok memesan online  ader 6 buah... hahhahaa. 3 bauh novel kluaran JS (jemari seni), 1 buah  KN (Kakinovel) & 2 buah dr KS (Karyaseni). Kluaran KS tue... buat kali pertama saya try membeli... sbb tertarik sgt2 dgn sinopsis buku 'JAUH DARI CINTA - tulisan ADAH HAMIDAH" & buku 'Usai...aku terima nikahnya". Selain tue.. 'JDS' jadi juara dlm 'carta pembelian nvl di popular'.. tahniahhhh...

Sebenarnya dah lama 'puasa' membeli nvl... yer la kan...memandangkan berpuluh2 yg masih 'Q" tuk dibaca.. + 'kesihatan' kewangan yang da tenat la nie... . Tapi tue la...(x tahan wehhh ), jadi saya hanya membeli nvl2 yg btul2 menarik perhatian saya... (tapi byykkkkk gak yg menarik..so saya hanya membeli nvl2 yg btul2 wat saya terbyg2..teringat2.. 'moody' jika x miliki...hahahhaa)
Koleksi dah banyak jugak nie.. kat umah family dah x der tempat nak simpan.... nie kat umah di tempat kje nih pun ..dah banyakkkk gak... Aduh, klau mak abah tau sure 'bising'... nk wat mcm mana kan..dah hobi...

Erm..aci tak kalau nnt saya nak 'kongsi'kan nukilan2 rasa  sdn.bhd yang x seberapa ngan kawan2 smua di sini. Idea tue lahir spontan je.... hehehehe. Ok la..jumpa lagi... Zohor pun dah masuk waktu tue..jom.. dating ngan DIA dlu...