Sabtu, 9 Jun 2012

Rentetan/Perjalanan Pembedahan Tonsil

Assalamualaikum.

Debaran makin terasa...tepat jam 5ptg sampai di umah family. Esok dah kene 'check in' dlm wad di HTAA tuk pembedahan tonsil yang dijangkakan pada 11.06.2012. Ya allah..,permudahkan lah segalanya... hanya kepadaMU ku bermohon. Sebelum tue..pada 05.06.2012 saya telah ke HTAA (mcm biasa jumpa pakar di unit ENT) tuk pemeriksaan lanjut dan persediaan tuk 'register' wad / operate. Di sini saya kongsikan pengalaman/mencoretkan sedikit kronologi tuk menjalani pembedahan tersebut.
 

05.06.2012


Pagi :-
1) berjumpa Doktor yang mengendalikan kes saya... sedikit pertanyaan dikemukakan oleh doktor... Antara pertanyaan nye seperti berat berapa (hahahhaa..mmg berat gler dah nie).. kalau tdo berdengkur tak..., mudah terlelap tak...adakah hidung slalu berair.. Doktor juga 'check' telinga..juga hidung. Ha....tang hidung nie... saya x berapa pasti apakah nama peralatan yg diguna ataupun nama 'prosedur' tue. Ianya mcm nie... kiter akn diminta duduk atas krusi dlm keadaan relax...depan kiter tue akan ader monitor kecik.. dan doktor akan masukan satu peralatan yg didepan nye ader mini camera kot... Doktor akan masukkan ia ke dalam hidung sampai la ke satu tempat yg di'spot'(tuk makluman, prosedur tue x sakit..just kiter rasa mcm nak bersin sikit :-) ). Kalau saya x silap dgr ..doktor ckp ianya tuk tengok / memastikan  adakah 'belakang' hidung tue ada lendir / tak. Kalau ada..ia nya akan dibuang sekali masa operate tonsil tue. Dan bagi kes saya..syukur alhamdulilah..ianya tak der ape2... Bermakna hanya operate tuk tonsil. Doktor ckp..masa pembedahan hanya dalam 1/2 jam ke sejam shj biasanya. 
2) Selepas operation : JANGAN makan makan  pedas, berminyak. & panas,.Minum minuman berais.. Makan Bubur, roti gardenia yg plain & ice cream lembut (dlm bekas tue..make sure plain.no kacang2) . Pastikan makanan betul2 lembut ye..dan kosong. Kacang..ikan bilis x blh.sbb ia tajam. Silap2 boleh terjadinya  pendarahan. Biskut tawar yang cicah air tue pun x boleh ye...sebab serpihan ia tu 'cukup'2 tajam. Erm..walau sakit..perit..seksa tuk bercakap dan menelan past operate..kene paksa diri tuk buat smua tue..sbb takut 'otot2' di kawasan operate 'kaku'...3) Kemudian..saya diminta pergi ke bilik khas tuk amik darah... dan menyerahkan tabung darah tesebut kepada nurse bertugas tuk tindakan mereka yang selanjutnya. Slepas tue nurse menyerahkan surat arahan masuk wad. Dan diterangkan  cara tuk 'daftar masuk' tempat pendaftaran dan masa pendartaran.
Petang :-

1)Berjumpa pakar bius di Tingkat Tiga bhgn ENT...klinik anestetik. Diberi sekeping kertas maklumat berkaitan bius. Sampai masanya..dipanggil masuk...dan pakar bius akan menerangkan maklumat bius secara detail.. Antara penerangannya adalah jenis bius yang akan diberikan...risiko bius.. kesan selepas sedar dr bius/operate. Setelah operate slesai...pesakit akan diletak kan di bilik pengawasan selama setengah jam/sejam. Then akan dipindahkan ke wad biasa... andai tiada ape2 halangan..pesakit akan discaj pada keesokan harinya... 
** :-) slesai sudah en3 kali nie...agak panjang ye..tak pe la kot..boleh berkongsi pengalaman kan? Ape2 pun..nie tgh berdebar sesgt menanti hari esok dan lusa... mohon teman2 mendoakan saya selamat ye.... Insya allah en3 sterusnya berkaitan pengalaman selepas operate.



Ahad, 3 Jun 2012

T.O.N.S.I.L ?

Assalamaualaikum kawan2 sekalian...

Maaf mmg agak lama membiarkan  blog saya yg tak seberapa nie bersawang... hehehehe.
kadang2 cemburu gak tgk rakan2 lain slalu mencoretkan sesuatu... tapi saya ada masanya tak mampu... tambahan lak kalau 'cik las' buat kunjungan...hehehhe.

Hurm..sedar tak sedar kan, dah setahun setengah jugak saya dok berulang alik dr Lipis ke HTAA tuk rawatan susulan tonsil saya... Mengikut doktor..tonsil saya dah gred 2 dan perlu dibedah tuk mengelak ia nya dari berulang. Rancangan awal...date last jumpa pakar tuk perbincangan pada 14 june 2012... tuk dioperate pada 20/06/2012.Tup2..jumaat lepas nurse kol....cakap tarikh dipercepatkan... 5hb June 2012..sesi perbincangan dgn doktor n 11 june 2012.(10/6/2012..'check in' wad)..akan dioperate jika tiada aral melintang... Ya allah...berdebar giler sekarang nie...

Jom saya kongsikan sedikit ilmu yg saya dapat berhubung tonsil/radang tonsil nie..

* Setiap kita mempunyai 2 kelenjar (yg dinamakan tonsil) di kiri & kanan dalam rongga mulut kita.
* Ia berfungsi tuk menapis virus dan bakteria drpd masuk ke saluran panafasan.sekaligus ia menjadi sbg salah satu sistem pertahanan badan.
* Apabila gagal berfunsi tonsil ini akan mengalami radang seterusnya membengkak sehingga boleh mencapai saiz yang besar sehingga mampu menyempitkan laluan makanan & mengganggu proses penafasan.

Tanda-tanda Radang Tonsil

1)sakit tekak yg kadangkala teruk
2)x boleh menelan/sakit tuk menelan
3)demam yg kadang2 sangat tinggi suhunya
4)sakit  kepala/sakit2 badan
5)suara garau/hilang suara
6)bengkak di leher
7)mulut berbau
8)tidur berdengkur

sumber:-
http://www.biovco.com/apa-itu-tonsil.php
http://www.biovco.com/indexik.php?ref=&no=125&tjk=apakah-itu-tonsil.php